PERANAN INSTITUSI
Bersesuaian dengan namanya, institusi ini pada mula penubuhannya berperanan untuk menyediakan kemudahan bagi latihan Anggota Sains Bersekutu (Pergigian) dan sebagai pusat rawatan pergigian bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah. Kini peranan institusi ini telah diperluaskan lagi merangkumi :
Latihan Basik:
Diploma Kejururawatan Pergigian
Diploma Teknologi Pergigian
Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian
Latihan Pengkhususan (Pos Basik):
Jururawat Pergigian
Juruteknologi Pergigian
Kursus Dalam Perkhidmatan
Kursus Induksi untuk Kumpulan Sokongan l dan ll Kementerian Kesihatan Malaysia
Perkhidmatan Pergigian
Menyediakan perkhidmatan pergigian untuk kanak-kanak prasekolah, sekolah rendah dan menengah yang berusia 17 tahun dan ke bawah serta kanak-kanak istimewa dari sekolah rendah dan menengah pendidikan khas.
Sebagai Pusat Sumber
Program penyelidikan dan perkembangan diri bagi auksiliari pergigian.
Perkembangan prasarana dan kemudahan-kemudahan asas yang sediada sentiasa diperkaya agar institusi ini dapat bertindak sebagai 'resource centre' untuk selama bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Langkah ini difikirkan sangat perlu bagi membolehkan institusi ini bergerak seiring dengan arus perkembangan dan kemajuan dalam bidang pergigian.
Adalah menjadi hasrat dan tanggungjawab institusi ini untuk memperkayakan lagi aktiviti supaya terus berkembang ke arah merialisasikan objektif Bahagian Kesihatan Pergigian Malaysia untuk meningkatkan taraf kesihatan pergigian rakyat Malaysia melalui perkhidmatan pergigian, pencegahan, rawatan dan pemulihan serta memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik supaya seseorang individu itu dapat mencapai dan mengekal suatu taraf kesihatan bagi membolehkannya hidup serta menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif.