SOROTON DAN PERKEMBANGAN
1948 - Kerajaan meluluskan Skim Jururawat Pergigian
1949 - Kursus Jururawat Pergigian dimulakan dengan pengambilan 5 orang penuntut pertama (Mei)
1950 - Lepasan pertama Jururawat Kesihatan Umum (Pergigian) seramai 5 orang (Julai)
1951 - Pengambilan 2 orang penuntut pertama Mekanik Pergigian
1952 - Kursus Kejururawatan Pergigian dijalankan selama 3 tahun 4 bulan
1953 - Kumpulan pertama lepasan Mekanik Pergigian
1959 - Jawatan Mekanik Pergigian ditukar menjadi Juruteknik Pergigian
1965 - PPKK & SLPM berpindah dari Hospital Pulau Pinang ke No. 3, Jalan Sepoy Lines, Pulau Pinang
1972 - Jururawat Pergigian dan Juruteknik Pergigian mula menjalani latihan selama 3 tahun
1975 - Had umur pesakit yang dirawat oleh Jururawat Pergigian dipertingkatkan dari 12 tahun kepada 17 tahun dan permulaan rawatan tampalan gigi hadapan (anterior)
1982 - Mula mengendalikan Kursus Pembantu Pembedahan Pergigian secara formal selama 2 tahun
1987 - Pengambilan pertama calon Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) bagi Kursus Kejururawatan Pergigian
1988 - Tiada pengambilan akibat kemelesetan ekonomi negara
1990 - Pengambilan pertama calon KPSL bagi kursus Juruteknik Pergigian
1993 - Pelaksanaan Sistem Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) bagi kursus Pembantu Pembedahan Pergigian, Kursus Pos Balik secara PJJ bagi Jururawat Pergigian dan Juruteknik Pergigian dan mula mengendalikan Kursus Induksi bagi pegawai kumpulan pengurusan dan profesional dan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia Kumpulan l. ll dan lll.
1996 - Pengiktirafan taraf Diploma bagi Sijil Kejururawatan Pergigian dan Teknologi Pergigian Jawatan Juruteknik Pergigian ditukarkan kepada Juruteknologi Pergigian
1999 - Sambutan Jubli Emas PPKK & SLPM dan graduan sulung menerima Diploma bagi Kursus Kejururawatan Pergigian dan Teknologi Pergigian
2002 - PPKK & SLPM mendapat pengiktirafan persijilan MS 9002:1994
2003 - Nama PPKK & SLPM ditukarkan kepada PPKK & KLPM dan bangunan tambahan 12 tingkat siap dibina dan mula digunakan
2004 - Pelaksanaan Kurikulum Sistem Kredit Diploma Kejururawatan Pergigian dan Teknologi Pergigian serta latihan penggunaan hanpis berkelajuan tinggi kepada pelatih Jururawat Pergigian
2009 - PPKK & KLPM dianugerahkan persijilan MS ISO 9001:2008